semasa raya tahun lepas |
Tidak dapat saya bayangkan memandikan arwah nenek buat kali terakhir pada waktu itu,,, Rupa-rupanya permintaan arwah nenek hendak mandi pada petang itu adalah mandi yang terakhir,,, Saya mandikan arwah nenek bersama-sama sepupu (kak niera) dan aunty saya,,, Semasa mendukung arwah , saya tidak sengaja melepaskan tangan arwah kerana selalunya tangan arwah memeluk pada bahu saya,,, Pada masa itu , tangan arwah memang sudah tidak mampu bergerak,,,
Teringat lagi pada petang itu , secara tiba-tiba arwah nenek nazak,,, Meleleh air mata saya serta semua saudara mara saya pada waktu itu melihat keadaan arwah nenek,,, Pada waktu itu , semua membaca surah Yaasin,,, Dalam membaca Surah Yaasin , saya tidak dapat menahan sebak melihat keadaan arwah nenek,,,
Semasa duduk sebelah arwah nenek , Sempat juga mencium arwah nenek sebelum menghembuskan nafas terakhir,,, Semasa makcik mengucap kalimah Syahadah pada telinga arwah nenek , arwah terus hembus nafas terakhir,,, Sangat tenang melihat air muka arwah semasa menghembuskan nafas yang terakhir,,, Air mata memang terus mengalir seperti hujan yang tidak berhenti-henti turun,,, Namun , saya redha dengan pemergian arwah kerana semasa arwah masih hidup arwah sangat terseksa dengan penyakit yang dialami iaitu kanser buah pinggang tahap keempat,,, Semasa arwah hidup , arwah selalu menjerit kesakitan kerana penyakit yang dialami,,, Tidak sanggup saya mendengar arwah menjerit,,, Memang rasa sangat sebak,,, Makan pun tidak,,, Hanya minum sahaja,,, Memang cengkung sahaja muka arwah nenek pada waktu itu,,, Penderitaan arwah sudah berakhir,,,
Arwah nenek dimandikan pada keesokan hari,,, Saya terlibat dalam proses memandikan jenazah arwah nenek,,, Mandikan nenek buat kali terakhir,,, Tidak dapt menahan sebak mandikan jenazah arwah nenek,,, Seterusnya jenazah arwah nenek dikafankan,,, Melihat jenazah arwah nenek buat kali terakhir membuatkan diri ini terasa mahu lari sekuat hati kerana tak sanggup melihat,,, Namun , tetap juga gagahkan diri ini dengan membantu kafankan jenazah arwah nenek,,, menggigil badan ini saat mencium dahi arwah nenek buat kali terakhir,,, Terasa sejuk sahaja saat mencium dahi arwah,,, Sungguh tenang wajah arwah,,, Semoga arwah nenek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa,,,
NENEK I ALWAYS MISS YOU!!YA ALLAH ENGKAU SAMPAIKANLAH KERINDUANKU INI PADA NENEK KU DISANA,,,
DALAM TAK SEDARKU MENANGIS,,,,, :'(
No comments:
Post a Comment